Assalamualaikum..
Ini adalah first blog
aku..mungkin sebelum ini korang pernah tengok blog aku..tapi di sebabkan ada
masalah-masalah yang tidak dapat nak di elakkan aku terpaksa untuk menutup blog
aku yang dulu..kembalinya aku di sini adalah untuk memulakan perjalanan blog
aku yang baru ini..setelah sekian lama aku tak meng ‘update’ blog, maka dengan
kekoknya untuk aku memulakan something story yang interesting dan amazing..okie
kita stop cerita pasal perkara ni..aku nak start dengan first entry aku dengan
tittle “HINGLANDS TOWER”..
Apa yang korang tahu
mengenai Highlands Tower??sebenarnya sebelum ni aku pernah jugak update blog
mengenai Highlands Tower dan ia dapat banyak sambutan daripada followers aku
yang terdahulu..sepanjang aku buat research mengenai Highlands Tower ni banyak
pengalaman yang aku dapat gambarkan di sini..bagi sesetengah pihak mungkin
benda ini something yang horror orang lain pernah buat..tapi berbeza bagi
aku..bagi aku pulak ianya something yang amazing dan interesting apabila aku
buat research mengenai Highlands Tower ini sendiri..ya aku mengaku aku sendiri
pernah menjejakkan kaki aku ke tempat tersebut..malah bukan Highlands Tower
saja yang aku pergi tetapi dengan rumah banglo berhampiran Highlands Tower itu
sendiri aku pergi untuk membuat kajian..kalau korang tanya aku, “tak takut ke
pergi tempat macam tu”??jawapan aku senang je.. “buat ape kita nak takut..kita
pergi hanya untuk membuat kajian saja bukannya nak cari entiti segala bagai”..
Okie berbalik balik
pada cerita asal kita..sepanjang aku di sana perasaan aku memang sangat-sangat
sayu..aku tak dapat nak bayangkan sekiranya aku berada di sana pada suatu
ketika dahulu..kejadian berlaku pada 11 Disember 1993..pada masa ini umur aku
baru je 1 tahun..tak tahu apa-apa lagi pada masa ni..yang aku tahu main main
dan main sahaja..almaklumlah budak kecik lagi..kondominium ini ada 3 blok..blok
1, blok 2, dan blok 3..yang runtuh ranap tu merupakan blok 3..mungkin korang
semua tertanya-tanyakan macam mana kondominium yang tersergam indah macam tu
boleh runtuh kn??okie dekat sini aku nak cerita serba sedikit la macam mana
kondominium Highlands tower tu runtuh..menurut kajian yang aku buat, masa tu
tengah musim tengkujuh..so hujan memang lebat la masa tu selama 10 hari berturut-turut
dan menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak
kereta kondominium itu runtuh. Kesilapan
dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium
Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ..okie itu apa yang aku dapat cerita serba sedikit
macam mana ianya boleh runtuh ranap dalam sekelip mata..nak tahu lebih detail
lagi kat sini aku ade sediakan link video mengenai kondominium Highlands Tower
tu sendiri..dan korang boleh tonton sendiri dan hayati betul-betul..
PART 1 : http://www.youtube.com/watch?v=9sNbFUoPJqg
PART 2 : http://www.youtube.com/watch?v=0vO_t_cT0l4
PART 3 : http://www.youtube.com/watch?v=ypedar3Dnww
PART 4 : http://www.youtube.com/watch?v=jYQrSlUbGEQ
PART 2 : http://www.youtube.com/watch?v=0vO_t_cT0l4
PART 3 : http://www.youtube.com/watch?v=ypedar3Dnww
PART 4 : http://www.youtube.com/watch?v=jYQrSlUbGEQ
So, aku harap korang enjoy dengan first entry
blog aku ni..mungkin ianya tidaklah sehebat blog-blog yang lain, tapi bagi aku
cukuplah untuk hari ini aku hidangkan korang dengan informasi yang sangat
berguna ni..aku harap korang dapat manfaatkan cerita aku nie..lebih baik korang
tahu cerita sebenar daripada korang tahu cerita-cerita entiti yang ada dekat
Highlands Tower tu sendiri..bagi aku entiti tu benda halus..dia pun makhluk
Allah jugak..dia pun berhak untuk berada di muka bumi ini..kat mana-mana pun
ada entiti ni semua..so stoplah buat spekulasi ini semua..yang aku tahu kat
Highlands Tower tu dah jadi tempat sarang dadah untuk budak-budak BLACK
METAL..kalau korang masuk sampai kat tingkat atas korang akan jumpa tempat
pemujaan diaorang semua..aku memang tak berani la nak naik sampai kat atas
tu..sbb niat aku nak buat research je tentang Highlands Tower tu..so sampai di
sini sahaja entry aku untuk kali nie..nanti bila aku free aku akan hidangkan
korang dengan gambar sekeliling Highlands Tower tu sendiri..sekian astalavita..
J
No comments:
Post a Comment