Wednesday, 21 January 2015

Tips penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung

Mira nie bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan tetapi keadaan pekerjaan Mira yang membuatkan Mira sering berpeluh.. Bukannya Mira kerja buat bangunan ke apa, yela kerja Mira kene buat role play dekat kids tentang pekerjaan yang mereka nak buat.. Dah kata pun kerja dengan Kidzania kan.. So banyaklah pergerakan role play tu nak kene buat.. Kalau time opening and closing tu sah2 lah kami semua kene dance.. So bila dah dance akan berpeluh lah jugak even tak de la berpeluh macam orang bersukan..

Masalahnya bila dah kerja macam tu nak pulak bertudung macam aku nie, maka denga itu kulit kepala kita pun turut akan berpeluh dan akan berasa gatal.. Means ada kelemumur la rambut kita tu.. Kadang kala kita sendiri tidak perasaan yang rambut kita nie ada kelemumur.. Bagi yang tidak pakai tudung mungkin senanglah sikit untuk menjaga rambut semua.. Tetapi bagi kaum hawa yang bertudung ni, mungkin tidak ramai yang tahu tips untuk penjagaan rambut bagi yang bertudung.. Di sini ada tips yang selalu Mira amalkan utuk menggelakkan rambut kita daripada kelemumur..Since Mira pun start pakai tudung dari zaman belajar, so mira dah amalkan tips ini dari mira sekolah lagi..




@ Bilas rambut guna AIR SEJUK.. Kulit kepala akan jadi segar bugar.. Mira memang tidak pernah syampu dengan air panas, mesti air sejuk


@ JANGAN MENGOSOK RAMBUT DENGAN KASAR.. Kalau nak keringkan rambut dengan tuala.. Cara terbaik ialah melurutka tuala secara lembut dan perlahan lahan dari atas hingga ke hujung rambut.. Boleh buat banyak kali dan biar rambut kering sendiri


@ Kalau nak pakai tudung, pastikan rambut kering dahulu.. Sebab nanti rambut sangat senang nak ada masalah kelemumur, rambut berbuah, atau berbau masam.. Lebih malang lagi, nanti ada kuru khinzir pula beranak-pinak dekat rambut.. Hihihihi


@ Kalau nak bagi kelemumur hilang, gosokkan kulit kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan.. Then, bersihkan rambut dengan syampu anti kelemumur..


@ SIKAT RAMBUT BILA PERLU SAHAJA.. Kalau terlampau kerap menyikat rambut, kulit kepala nanti akan jadi panas dan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan.. Jangan sikat rambut dengan kasar dan belailah rambut kamu dengan lembut selembut sentuhan bayi.. Huhuhue


@ Kalau boleh, jangan gunakan ALAT PENGIRING RAMBUT.. Nanti rambut akan mudah kering dan kusam.. Sebaiknya, keringkan rambut secara semula jadi..



@ Pilih syampoo yang bersesuaian dengan rambut.. Mira suggest guna syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh ni... Mira dah lama guna syampu ni.. So far memang tak ada masalah dengan kulit kepala aku.. Bila pakai rasa fresh je sentiasa.. Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex dan memang sesuai untuk wanita yang memakai hijab.. Ia memberikan rasa segar, bebas dari kegatalan dan kulit kepala pun berbau wangi je even seharian memakai hijab.. Bahan-bahan khas dalam syampu ini memberikan wanita kulit kepala yang bersih da segar..


@ Kalau rambut berminyak, pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari.. Faktor-faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah hormon tak stabil, STRESS, cuaca panas dan amalan pemakanan yang tidak seimbang..



Sebenarnyakan rambut orang bertudung dengan tidak lebih baik dan bagus kerana tidak terdedah dengan pancaran UV dan sebagainya.. Dan itu salah satu HIKMAH BERTUDUNG =) 

Mira harap dengan tips yang Mira kongsika ini, serba sedikit dapat membantu kawan2 di luar sana untuk menjaga rambut bagi yang bertudung.. Nantikan next entry Mira dengan tips yang lain pulak..

No comments:

Post a Comment