1.0
PENGENALAN
Ketrampilan diri bermaksud kecekapan, kemampunan dan kecekatan
seseorang individu yang tinggi dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Personaliti, penampilan, komunikasi, etika kerja dan sebagainya
adalah adalah kriteria yang dapat mencerminkan ketrampilan diri seseorang.
2.0
KRITERIA KETRAMPILAN
DIRI
2.1
PERSONALITI
Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Setiap individu mempunyai personaliti yang
digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. Kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang
rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang.
2.2
PENAMPILAN
Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati, paras rupa, gerak-geri
dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkatkan daya pengaruh
seseorang. Orang yang mempunyai
penampilan yang menarik, memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, mempunyai
sikap yang lebih optimis dan pandai bercakap (petah) berbanding mereka yang
tidak mempunyai sikap tersebut.
Sehubungan itu untuk meninggikan daya pengaruh, pastikan orang yang
hendak kita motivasi atau pengaruhi itu menyukai penampilan kita. Penampilan kita akan mencerminkan sikap kita
terhadap diri sendiri, orang lain, masa dan tugas yang kita jalankan.
- Berjalan
dengan tegak dan bertenaga menggambarkan seseorang individiu yang bijak
menggunakan masa manakala individu yang berjalan seperti orang malas
menggambarkan seolah-oleh masa tidak berharga.
- Audiens sentiasa menilai sama ada kita
orang yang berjaya, berfikiran terbuka, mempunyai perjuangan atau matlamat,
boleh dipercayai, berilmu, berakhlak tinggi, jujur, matang dan lain-lain
sewaktu mendengar kita bercakap.
2.2.1 GAYA BERDIRI
Gaya berdiri yang betul amat mustahak apabila kita berbual berbual
atau bergaul dalam sesuatu majlis kerana ini akan melambangkan yang kita minat
berinteraksi dengan orang lain.
Perkara-perka berikut perlu diberi
perhatian, iaitu;
i.
Tubuh badan hendaklah berdiri
betul atau tegak iaitu dada ke hadapan dan perut ke dalam.
ii.
Air muka sentiasa dalam keadaan
tenang dan bertenaga.
iii.
Kepala dalam keadaan tegak,
bukan mendongak ke atas dan dagu ke hadapan atau menuduk ke bawah.
iv.
Dagu dalam keadaan sudut tepat
dengan leher.
v.
Sentiasa memberi senyuman dan
dalam keadaan riang.
vi.
Tangan berada di sisi badan
atau bergenggaman di hadapan badan. Elak
berpeluk tubuh, tangan di dalam saku seluar atau di belakang badan.
vii.
Angkat rangka rusuk dan dada
terbuka untuk memudahkan pernafasan.
viii.
Kaki terbuka sedikit dalam
keadaan jam 10.00 untuk lelaki bagi memudahkan mengalih graviti badan sekiranya
berdiri dalam jangka masa yang lama.
ix.
Rapatkan kedua-dua kaki serta
kaki kanan ke hadapan sedikit bagi wanita.
Elakkan berdiri dalam keadaan terkangkang dan membongkok.
2.2.2 GAYA BERJALAN
Gaya berjalan yang menarik akan membuatkan anda diminati dan
dihormati.
Berikut adalah panduan gaya berjalan yang betul bagi faedah
kesihatan dan pergaulan sosial;
i. Luruskan bahagian badan iaitu
kepala dan badan hendaklah seimbang.
Tulang punggung sama tengah. Ini
membolehkan kita bebas melangkah.
ii.
Mulakan langkah berpijak di
atas tumit kemudian atas jari kaki.
iii. Setiap langkah mengikut
bayangan garis lurus. Kepala tegak
memandang ke hadapan.
iv. Melangkah dalam keadaan
sederhana. Bagi wanita elakkan berjalan
seperti lelaki walaupun dengan memakai seluar.
Mulakan langkah dengan kaki kanan, rapatkan kedua-dua kaki tetapi
elakkan dari bergesel.
2.2.3
GAYA
DUDUK DI KERUSI
i. Duduk
dengan perlahan dan beransur ke belakang apabila punggung sudah mencecah tempat
duduk bagi wanita tetapi kaki jangan sampai tergantung.
ii. Rapatkan
kaki dan lutut. Wanita boleh meletakkan
kaki menyerong ke sebelah kanan atau kiri tetapi elakkan daripada menyilangkan
kaki.
iii.
Duduk
dalam keadaan tegak, kempiskan perut.
iv. Tangan di
atas paha. Bagi wanita elak daripada
meletakkan tangan di atas lengan kerusi.
v.
Elakkan
menggoyang-goyang kaki.
2.2.4
GAYA
BANGUN DARI KERUSI
i.
Elakkan
daripada terlalu membongkokkan badan.
ii.
Luruskan
badan dan tegakkan kepala.
iii.
Gunakan
otot paha dan sendi-sendi kaki apabila bangun.
2.2.5
TATACARA
MASUK DAN KELUAR KERETA
i. Ketika
hendak masuk kereta sama ada melalui pintu hadapan atau pintu belakang,
hendaklah masuk secara sisian.
ii. Masukkan
bahagian punggung dahulu, kemudian barulah kedua-dua belah kaki dengan cara
mengangkat dan meletakkan kaki ke dalam.
iii. Semasa
keluar, keluarkan kedua-dua belah kaki dahulu, baru bangun dan keluar dari
kereta.
2.2.6
KESOPANAN
DALAM MAJLIS
Antara perkara yang perlu dielakkan apabila
berada dalam sesuatu majlis termasuklah;
i. Menggoyang-goyangkan
kaki sama ada semasa duduk atau berdiri.
ii.
Mengunyah
gula-gula getah atau sebagainya sambil bercakap.
iii.
Mencelah
perbualan orang lain yang sedang asyik berbual.
iv.
Bercakap
dengan mulut yang penuh dengan makanan.
v.
Menggigit
kuku, mengorek telinga, hidung dan mencungkil gigi di khalayak ramai.
vi.
Membiarkan
sudu dalam gelas atau cawan. Mengacau
kopi/the dengan bunyi yang kuat.
vii.
Meletakkan
barangan peribadi di atas meja.
viii.
Berbedak,
bergincu dan bersikat rambut di khalayak ramai.
ix.
Berbisik-bisik
sesama teman.
x.
Bercakap
dengan nada suara yang tinggi.
xi.
Mengguna atau
berjenaka lucah.
2.2.7
ADAB
DAN TERTIB DI MEJA MAKAN
i. Elak
daripada membelek-belek perkakasan yang disediakan dan membincangkannya dengan
teman semeja atau mengambilnya sebagai cenderahati.
ii. Kain
napkin hendaklah diletakkan di atas pangkuan dan jangan diselitkan pada tali
pinggang atau pada tali leher. Kain
napkin ini juga digunakan untuk mengesat mulut dan untuk menutup mulut ketika
membuang tulang yang terselit. Jika kain
ini terjatuh minta bantuan pelayan. Apabila meninggalkan tempat duduk
buat sementara, letakkan kakun ini di atas kerusi. Sekiranya kain ini diletakkan di atas meja,
pelayan akan mengemaskan peralatan di atas meja kerana menandakan anda tidak
akan kembali ke tempat duduk.
iii.
Selepas
makan, pisau dan sudu atau garpu diletakkan rapat di sebelah kanan pinggan
dengan cabang garpu dan susu ditelentangkan.