Tuesday, 30 December 2014

Dunia Amirra

Hai.. Assalamualaikum.. Hari nie mira offday dapatlah luangkan masa sikit untuk update blog.. Dunia Amirra.. Inilah nama blog baru mira.. Kenapa Dunia Amirra?? Ok blog nie bukannya 100% mengisahkan tentang diri mira tetapi mira juga akan berkongsi dengan korang semua pelbagai tips mengenai kecantikkan dan juga fesyen.. Mira berharap blog Dunia Amirra ini dapat membantu korang semua yang kat luar sana untuk belajar mengenai kecantikkan da juga fesyen.. Bukan itu sahaja, malah mira juga akan berkongsi tips mengenai penjagaan rambut bagi yang bertudung.. Mira harap Dunia Amirra dapat membantu menyelesaikan masalah korang semua.. Dengan adanya Dunia Amirra sekarang nie, mira berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan semua orang malah mira lebih yakin untuk menyelesaikan masalah.. Insyaallah Dunia Amirra akan terus kekal sampai bila-bila.. Dunia Amirra mengharapkan sokongan daripada korang semua.. See you the next entry.. :)

Friday, 26 December 2014

misscenggeng ke iamamirrasyaffira

Hai.. Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi2 lagi mira dah mengupdate blog.. Bukannye apa saja nak berkongsi cerita dengan semua peminat setia blog mira.. Eh?? Mira ada peminat ke?? huhuhue.. Ok, berbalik pada cerita asal kita.. Ramai yang bertanya kepada mira kenapa mira tukar nama blog mira dari misscenggeng ke iamamirrasyaffira?? Macam x de pendirian je blog mira nie.. Bukannye apa.. Mira saja je nk tukar2 angin.. Bak kata sesetengah orang, orang yang malas pakai nametag ke sekolah akan letak iam nie semua.. Bagi pendapat mira tu hak masing2 nk letak iam ke..nak letak ape ke,, Tu masig2 punya cara.. Tapi mira masa zaman sekolah memang suka pakai nametag ok.. Tak pernah tertinggal nametag mira tu.. Ok, kita sambung cerita kita.. Kenapa mira tukar ea?? Bukan mira bosan dengan nama misscenggeng tu, tapi macam mira cakapkan la tadi.. Saja nak test2 dengan nama baru nie.. Ingatkan nak letak Dunia Myra.. Tapi nanti2 la mira fikirkan.. Hihihihi.. Btw, terima kasih yang tidak terhingga kepada siapa2 yang follow mira.. Hope korang akan sentiasa menunggu entry mira dari semasa ke semasa.. :) 

Thursday, 25 December 2014

Kidzania Kuala Lumpur

Kai.. Assalamualaikum.. Eh?? Kai pulak.. Hai.. Ok topik hari ini adalah Kidzania Kuala Lumpur.. Inilah tempat kerja mira yang baru.. Dah nak dekat 3 bulan dah mira kerja dekat sana.. Blog mira nie pun dah berhabuk dah lama tak aktifkan diri dalam nie.. Bukannye apa, sibuk je sejak kebelakangan nie.. Ramai yang tak tahu apa itu Kidzania?? Ok.. Kidzania tu tempat budak2 kecik nak timba ilmu belajar macam mana nak bekerja.. Kiranya pengalaman bekerja la.. So, mira dekat sana as a kid instructor atau di kenali sebagai Zupervisor.. Kerja dia memang penat sebab kene layan kerenah budak2 kecik.. Bukan kerenah budak kecik je, kerenah mak ayah diaorang pun kene layan jugak.. Even mak ayah diaorang tak join masuk aktiviti sekalipun tapi nak melayan perangai masing2 tu hanya Allah je tahu.. Dekat sana macam2 kiteorg belajar bahasa Kidzania.. Contohnya Kai = Hai, Zhank you = Thank you, Zee u = See u.. Menarik bukan?? Lepas tu matawang dekat sana tak panggil ringgit malaysia tapi kiteorg panggil kidzos.. Kidzos tu matawang untuk semua Kidzania yang ada dekat seluruh dunia.. Kidzania nie bukan dekat Malaysia je taw yang ada.. Dekat Mexico ada, Hong Kong ada, Korea ada and banyak lagi tempat la seluruh dunia nie.. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi, korang boleh la cari dekat google tentang Kidzania Kuala Lumpur nie.. Tak sia2 taw kalau korang dapat tahu apa itu Kidzania.. Confirm korang akan rasa macam nak bawa anak2 korang atau adik2 korang ataupun sedara2 / anak2 buah korang.. Tak sia2 kalau korang bawak anak korang semua datang ke Kidzania nie.. Harga tiket pun berbaloi.. Tak rasa rugi pun kalau pergi ke Kidzania tu.. Hihihihi.. Ok la.. Cukuplah tu kot mira kongsikan serba sedikit pengalaman mira berkerja dekat Kidzania + serba sedikit penerangan tentang Kidzania.. Hope korang semua enjoy dengan entry mira kali ini.. Seribu kali maaf kalau mira dah lama tak update blog mira nie and buat korang semua ternanti-nanti dengan entry baru mira.. So, lepas nie mira akan selalu update cerita2 terkini dekat blog mira.. Hope korang semua stay tune dekat blog mira ok??