Tuesday, 30 June 2015

Apa itu FESYEN???

Assalamulaikum and hai korang.. Dunia Amirra bertemu lagi dengan korang semua.. Seperti yang mira janjikan dekat entry mira sebelum nie.. Korang ingat lagi tak apa yang mira janjikan dekat korang semua?? Ok la.. Hari nie dan malam nie jugak mira nak update satu entry mengenai fesyen.. Sebelum tu, mira nak terangkan serba sedikit mengenai apa itu fesyen.. Korang tahu tak apa itu fesyen?? Ke korang tahu menggayakan je tapi tak tahu maksud sebenar fashion?? Tak pe lah.. Entry kali ni biar mira terangkan dekat korang semua apa itu yang di maksudkan dengan fesyen.

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dansebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Manakala berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian danlain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan iasebahagian daripada asas kehidupan manusia.Tujuan manusia menutup badan adalah untukkelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu telah menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Denganhanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik,etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Malahan tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dancita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identititersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu menirudan menjadi klon orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkanekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik,kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, ianya perlu disesuaikandengan budaya dan latar belakang masyarakat.

So, dekat sini korang dah faham ke belum dengan maksud fesyen itu sendiri?? Ok, senang cerita macam nie la.. Apa yang korang pakai, apa yang korang gayakan from head to toe.. Itulah sebenarnya diri korang.. Fesyen nie sebenarnya tak susah pun.. Senang je.. Kadang-kadang orang yang dekat luar sana yang merumitkan fesyen diaorg sendiri.. Asalkan korang tahu batas-batas untuk menutup aurat.. Tidak salah kita yang muslimah ini ingin berfesyen selagi berlandaskan dalam syariat islam..

Bagi mira, fashion is something about myself.. Yela.. Apa yang mira pakai itulah diri mira yang sebenar.. As long as im not to be a hipokrit like others.. Mira harap dengan perkongsian mira untuk entry kali ni dapat membantu korang dekat luar sana yang ingin mengetahui apa itu fesyen.. Sebab mira yakin, ramai yang kt luar sana mesti tertanya-tanya apa itu fesyen kan?? Mira harap korang jangan la tahu menggayakan je.. At least you nee to take knowledge about fesyen.. Bila orang tanya nanti, tak ade la korang ternganga mulut tu nk mejawab nnt.. Sampaikan lalat masuk pun korang tak sedar.. Hihihihi.. Just joking..

Ok la korang.. Jika korang ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen korang dengan ruangan komen ok?? Nanti mira akan reply secepat mungkin.. Korang yang nak review insta mira boleh pergi ke @iamamirrasyaffirra .. Korang boleh review style and fashion yang selalu mira gayakan.. Dan.. Mira akan updatekan kemudian di entry yang akan datang.. Jangan putus-putus untuk memberikan sokongan kepada mira untuk berblog ea?? Mira harap entry kali ini dapat membantu korang yang d luar sana yang masih keliru lagi tentang dunia fashion.. Berjumpa kita lagi di next entry.. :) 

Monday, 29 June 2015

29 June 2015

Assalamualaikum and hai korang semua.. Dunia Amirra kembali lagi setelah 2 bulan lebih mira menyepikan diri tanpa sebarang berita.. Ya.. i know i'm not a good blogger that always update the new entry but i'm try my best to make it a new entry for this time.. Actually, mira pun tak tahu nak update entry pasal apa.. Mungkin sebab mira dah lama tak update entry so i'm not have any idea to write down the new entry.. But, for me its ok.. Maybe after this i have a new entry that i can update here.. Btw, thanks kepada yang sudi follow and blog walking dekat blog mira nie.. Mira rasa tu je la kot entry mira untuk kali nie.. Next time, sebelum mira update entry mira akan pastikan yang mira akan ada entry mira untuk mira kongsikan kepada korang semua.. Mira harap korang tak putus-putus bagi mira semangat untuk mengupdate entry baru dekat blog mira nie.. Ok?? Mungkin entry mira yang akan datang more to fashion style.. Sebab mira ada terfikir yang mira nak kongsikan serba sedikit style fashion apa yang sesuai untuk diri korang.. Apa guna mira ambik diploma in fashion kalau mira tak gunakan kelebihan yang mira adakan?? Lagi pun dah lama mira tinggalkan duni fashion mira nie.. Mungkin nie la masanya untuk mira kembali balik dalam dunia fashion.. Lepas nie boleh la korang rajin-rajin singgah blog mira kan untuk tengok apa fashion yang menarik dan yang sesuai untuk korang.. Korang just nantikan yea.. It's a coming soon.. Mira hara idea mira nie akan dapat banyak sambutan dekat luar sana.. Ok la.. Mira rase cukupla dengan apa yang mira nk sharekan ni.. Korang tunggu yea next entry mira.. Korang boleh la follow ig mira dulu.. @iamamirrasyaffira .. Dekat sana korang boleh la review sikit-sikit tengok fashion macam mana yang mira selalu kenakan.. Ok la guys.. Sampai di sini kite bertemu.. Don't forget ya to wait my new entry.. Sayang korang.. Muah ciked.. Hihihihi.. :) Assalamualaikum..