Monday, 23 June 2014

Assalamualaikum..
Di sini mira nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Ramai yang tertanya-tanya dengan mira dekat mana mira beli dress yang mira pakai ni??? Skirt flow dia memang awesome.. Baju dia yang senang untuk di iron dan juga sesuai untuk ke bawa majlis perkahwinan, dinner, serta boleh di pakai untuk pergi ke office ataupun kelas. Baju ni dengan skirt ni berasingan. Bukan sekali satu suit. hihihi. Ramai yang terfikir baju yang mira pakai nie sekali dengan skirt. Tapi sebenarnya tidak. Skirt dia tu sebenarnya memang jarang dan juga terbelah seperti kain baju kebaya. So korang kene pakai legging kat dalam tu supaya tak ada la nanti nampak kaki korang. At least tutup la juga kan daripada terdedeah. Dress dengan skirt ni sangat2 selesa bila pakai. Korang boleh dapat di mana-mana cawangan Brands Outlet seluruh Malaysia. 



Dress ke-2 nie pula ialah fully dress with lining. Dress ini sangat selesa bila di pakai. Dress ini pula sesuai untuk di pakai ke semua majlis seperti dress yang pertama tadi. Dress ini tak perlu pakai lining sebab dress ini sendiri telah siap sedia sekali dengan lining. So korang semua tak perlu risau lagi untuk bergaya dengan dress ini. Korang ingin dapatkan sendiri dress seperti ini? Dress ini korang boleh dapatkan di Times Square dengan harga yang sangat2 berbaloi dan mampu untuk di miliki. hihihi.



Ataupun sekiranya korang sendiri malas nak cari dress2 seperti yang mira pakai ni, korang sendiri boleh order melalui mira. Sebab mira sendiri buat online shop untuk dress2 seperti ini. So jangan malu jangan segan untuk order dress2 yang cantik lagi awesome ini dengan mira. Korang boleh je PM mira di nombor 014-2631051 sekiranya korang berminat dengan dress2 ini. Mira akan bagi harga yang istimewa dekat korang semua sekirnya korang adalah pelanggan mira yang terawal order dengan mira. Mira harap dengan perkongsian ini korang dapat mencari dress idaman korang sendiri. 

" THE BEST MAKE-UP IS A SMILE "
" THE BEST JEWELRY IS MODESTY "
" THE BEST CLOTHING IS CONFIDENCE "

HIGHLANDS TOWER

Assalamualaikum..
Ini adalah first blog aku..mungkin sebelum ini korang pernah tengok blog aku..tapi di sebabkan ada masalah-masalah yang tidak dapat nak di elakkan aku terpaksa untuk menutup blog aku yang dulu..kembalinya aku di sini adalah untuk memulakan perjalanan blog aku yang baru ini..setelah sekian lama aku tak meng ‘update’ blog, maka dengan kekoknya untuk aku memulakan something story yang interesting dan amazing..okie kita stop cerita pasal perkara ni..aku nak start dengan first entry aku dengan tittle “HINGLANDS TOWER”..
Apa yang korang tahu mengenai Highlands Tower??sebenarnya sebelum ni aku pernah jugak update blog mengenai Highlands Tower dan ia dapat banyak sambutan daripada followers aku yang terdahulu..sepanjang aku buat research mengenai Highlands Tower ni banyak pengalaman yang aku dapat gambarkan di sini..bagi sesetengah pihak mungkin benda ini something yang horror orang lain pernah buat..tapi berbeza bagi aku..bagi aku pulak ianya something yang amazing dan interesting apabila aku buat research mengenai Highlands Tower ini sendiri..ya aku mengaku aku sendiri pernah menjejakkan kaki aku ke tempat tersebut..malah bukan Highlands Tower saja yang aku pergi tetapi dengan rumah banglo berhampiran Highlands Tower itu sendiri aku pergi untuk membuat kajian..kalau korang tanya aku, “tak takut ke pergi tempat macam tu”??jawapan aku senang je.. “buat ape kita nak takut..kita pergi hanya untuk membuat kajian saja bukannya nak cari entiti segala bagai”..
Okie berbalik balik pada cerita asal kita..sepanjang aku di sana perasaan aku memang sangat-sangat sayu..aku tak dapat nak bayangkan sekiranya aku berada di sana pada suatu ketika dahulu..kejadian berlaku pada 11 Disember 1993..pada masa ini umur aku baru je 1 tahun..tak tahu apa-apa lagi pada masa ni..yang aku tahu main main dan main sahaja..almaklumlah budak kecik lagi..kondominium ini ada 3 blok..blok 1, blok 2, dan blok 3..yang runtuh ranap tu merupakan blok 3..mungkin korang semua tertanya-tanyakan macam mana kondominium yang tersergam indah macam tu boleh runtuh kn??okie dekat sini aku nak cerita serba sedikit la macam mana kondominium Highlands tower tu runtuh..menurut kajian yang aku buat, masa tu tengah musim tengkujuh..so hujan memang lebat la masa tu selama 10 hari berturut-turut dan menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ..okie itu apa yang aku dapat cerita serba sedikit macam mana ianya boleh runtuh ranap dalam sekelip mata..nak tahu lebih detail lagi kat sini aku ade sediakan link video mengenai kondominium Highlands Tower tu sendiri..dan korang boleh tonton sendiri dan hayati betul-betul..

So, aku harap korang enjoy dengan first entry blog aku ni..mungkin ianya tidaklah sehebat blog-blog yang lain, tapi bagi aku cukuplah untuk hari ini aku hidangkan korang dengan informasi yang sangat berguna ni..aku harap korang dapat manfaatkan cerita aku nie..lebih baik korang tahu cerita sebenar daripada korang tahu cerita-cerita entiti yang ada dekat Highlands Tower tu sendiri..bagi aku entiti tu benda halus..dia pun makhluk Allah jugak..dia pun berhak untuk berada di muka bumi ini..kat mana-mana pun ada entiti ni semua..so stoplah buat spekulasi ini semua..yang aku tahu kat Highlands Tower tu dah jadi tempat sarang dadah untuk budak-budak BLACK METAL..kalau korang masuk sampai kat tingkat atas korang akan jumpa tempat pemujaan diaorang semua..aku memang tak berani la nak naik sampai kat atas tu..sbb niat aku nak buat research je tentang Highlands Tower tu..so sampai di sini sahaja entry aku untuk kali nie..nanti bila aku free aku akan hidangkan korang dengan gambar sekeliling Highlands Tower tu sendiri..sekian astalavita.. J