Hai.. Assalamualaikum.. Hari nie mira offday dapatlah luangkan masa sikit untuk update blog.. Dunia Amirra.. Inilah nama blog baru mira.. Kenapa Dunia Amirra?? Ok blog nie bukannya 100% mengisahkan tentang diri mira tetapi mira juga akan berkongsi dengan korang semua pelbagai tips mengenai kecantikkan dan juga fesyen.. Mira berharap blog Dunia Amirra ini dapat membantu korang semua yang kat luar sana untuk belajar mengenai kecantikkan da juga fesyen.. Bukan itu sahaja, malah mira juga akan berkongsi tips mengenai penjagaan rambut bagi yang bertudung.. Mira harap Dunia Amirra dapat membantu menyelesaikan masalah korang semua.. Dengan adanya Dunia Amirra sekarang nie, mira berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan semua orang malah mira lebih yakin untuk menyelesaikan masalah.. Insyaallah Dunia Amirra akan terus kekal sampai bila-bila.. Dunia Amirra mengharapkan sokongan daripada korang semua.. See you the next entry.. :)
Tuesday, 30 December 2014
Friday, 26 December 2014
misscenggeng ke iamamirrasyaffira
Hai.. Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi2 lagi mira dah mengupdate blog.. Bukannye apa saja nak berkongsi cerita dengan semua peminat setia blog mira.. Eh?? Mira ada peminat ke?? huhuhue.. Ok, berbalik pada cerita asal kita.. Ramai yang bertanya kepada mira kenapa mira tukar nama blog mira dari misscenggeng ke iamamirrasyaffira?? Macam x de pendirian je blog mira nie.. Bukannye apa.. Mira saja je nk tukar2 angin.. Bak kata sesetengah orang, orang yang malas pakai nametag ke sekolah akan letak iam nie semua.. Bagi pendapat mira tu hak masing2 nk letak iam ke..nak letak ape ke,, Tu masig2 punya cara.. Tapi mira masa zaman sekolah memang suka pakai nametag ok.. Tak pernah tertinggal nametag mira tu.. Ok, kita sambung cerita kita.. Kenapa mira tukar ea?? Bukan mira bosan dengan nama misscenggeng tu, tapi macam mira cakapkan la tadi.. Saja nak test2 dengan nama baru nie.. Ingatkan nak letak Dunia Myra.. Tapi nanti2 la mira fikirkan.. Hihihihi.. Btw, terima kasih yang tidak terhingga kepada siapa2 yang follow mira.. Hope korang akan sentiasa menunggu entry mira dari semasa ke semasa.. :)
Thursday, 25 December 2014
Kidzania Kuala Lumpur
Kai.. Assalamualaikum.. Eh?? Kai pulak.. Hai.. Ok topik hari ini adalah Kidzania Kuala Lumpur.. Inilah tempat kerja mira yang baru.. Dah nak dekat 3 bulan dah mira kerja dekat sana.. Blog mira nie pun dah berhabuk dah lama tak aktifkan diri dalam nie.. Bukannye apa, sibuk je sejak kebelakangan nie.. Ramai yang tak tahu apa itu Kidzania?? Ok.. Kidzania tu tempat budak2 kecik nak timba ilmu belajar macam mana nak bekerja.. Kiranya pengalaman bekerja la.. So, mira dekat sana as a kid instructor atau di kenali sebagai Zupervisor.. Kerja dia memang penat sebab kene layan kerenah budak2 kecik.. Bukan kerenah budak kecik je, kerenah mak ayah diaorang pun kene layan jugak.. Even mak ayah diaorang tak join masuk aktiviti sekalipun tapi nak melayan perangai masing2 tu hanya Allah je tahu.. Dekat sana macam2 kiteorg belajar bahasa Kidzania.. Contohnya Kai = Hai, Zhank you = Thank you, Zee u = See u.. Menarik bukan?? Lepas tu matawang dekat sana tak panggil ringgit malaysia tapi kiteorg panggil kidzos.. Kidzos tu matawang untuk semua Kidzania yang ada dekat seluruh dunia.. Kidzania nie bukan dekat Malaysia je taw yang ada.. Dekat Mexico ada, Hong Kong ada, Korea ada and banyak lagi tempat la seluruh dunia nie.. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi, korang boleh la cari dekat google tentang Kidzania Kuala Lumpur nie.. Tak sia2 taw kalau korang dapat tahu apa itu Kidzania.. Confirm korang akan rasa macam nak bawa anak2 korang atau adik2 korang ataupun sedara2 / anak2 buah korang.. Tak sia2 kalau korang bawak anak korang semua datang ke Kidzania nie.. Harga tiket pun berbaloi.. Tak rasa rugi pun kalau pergi ke Kidzania tu.. Hihihihi.. Ok la.. Cukuplah tu kot mira kongsikan serba sedikit pengalaman mira berkerja dekat Kidzania + serba sedikit penerangan tentang Kidzania.. Hope korang semua enjoy dengan entry mira kali ini.. Seribu kali maaf kalau mira dah lama tak update blog mira nie and buat korang semua ternanti-nanti dengan entry baru mira.. So, lepas nie mira akan selalu update cerita2 terkini dekat blog mira.. Hope korang semua stay tune dekat blog mira ok??
Wednesday, 24 September 2014
24 september 2014
Hello and Assalamualaikum semua.. Hari ini mira nak kongsi dengan korang semua satu berita yang amat mengembirakan hati mira ni.. Rasa nak melompat-lompat keriangan pun ada.. Mesti korang semua pelikkan sebab apa.. Sebabnya ialah mira telah dibenarkan untuk tidak menyambung contract mira.. Betapa girangnya hati ini setelah mendegar dari mulut bos sendiri dengan mengatakan ok.. hihihi.. Mula-mula mira rasa takut jugak nak bagitahu perkara sebenar.. Tapi last-last mira terpaksa memberanikan diri mira untuk bersuara mengenai hak mira.. Cewaahh.. Hak la sangatkan.. Hihihi.. Btw, sebelum mira berhenti nie, mira kene settlekan semua kerja mira apa yang tertunggak.. Hate it betul la.. Dah nak berhenti pun still bagi kerja berat-berat dekat mira.. Ingat mira nie robot agaknya.. Tapi alhamdulillah lah dia bagi mira tak sambung contract.. Buatnya tetiba dia cakap tak boleh.. Boleh jadi gila kot mira nanti.. Yela.. Kerja dekat kidZania tu terang2 la mira start keje lepas raya haji kan.. So, tak pe.. Yang penting sekarang semua dah lepas.. Tak payah nak fikir apa-apa lagi.. Just siapakan je la kerja yang dia bagi tu.. kalau tak siap karang ada yang kene banned pulak nantikan.. Huhuhu.. Ok lah.. Mira dah tak ada nak cerita lagi dah.. Just nak kongsi kegembiran mira nie dekat korang semua.. :) Jumpa korang dekat next entry nanti ok?? Banyak lagi benda yang mira nak share kan dengan korang.. Harap korang enjoy dengan entry mira kali ini.. :) Peace
Sunday, 21 September 2014
Esok dah start kerja
Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Sorry.. Baru hari ini mira dapat update blog mira.. Al-maklumlah mira tak berapa nak sihat sejak dua menjak nie.. Nie pun still batuk2 lagi.. Insyaallah dalam seminggu dua ni pulih lah batuk dengan selsema mira ni.. Korang semua doakan kesihatan mira ok?? Ok back to our story.. Esok hari isnin.. Dah mula kerja dah.. Rasa macam sekejap je cuti kan?? Tak rasa macam cuti pun.. Esok bermulah hari paling stress mira.. Korang nak tahu kenapa?? Sebab esok mira kene present paper work ape ntah dekat bos mira.. Alahai.. Lecehnya.. Bukannya apa.. Mira sekarang nie dah tak ada mood nak kerja dekat situ lagi lagi.. Mesti korang nak tahu sebab apa kan?? Sebabnya mira dah dpat kerja baru dekat KidZania Kuala Lumpur dekat Mutiara Damansara.. Ala yang dekat sebelah Ikea tu.. Alhamdulillah.. Rezeki mira datang dalam sekelip mata sahaja.. Mira start kerja dekat situ 7 Oktober 2014 ni.. Rasa tak sabar pulak nak mulakan kerja baru ni.. hihihihi.. Oppsss.. Terover la pulak.. Ok.. Back to our story again.. Korang suka tak dengan hari isnin?? Maybe ada yang suka ada yang tak.. Mesti majoriti dekat sini semuanya mesti akan "Monday Blues" kn?? Hihihi.. Itulah lumrah kita sebagai seorang pekerja bawahan.. Lainlah kalau bos.. Duduk dekat office, goyang kaki and then bagi arahan dekat pekerja bawahan dia.. Alangkah indahnya hidup kalau dapat jadi bos.. Ok la.. Cukuplah tu mira membebel.. Disebabkan esok mira dah kene kerja, mira nak prepare baju untuk esok.. tak tahu nak pakai baju apa nie sedangkan baju punya la banyak dekat dalam almari tu.. hihihihi.. Ok guys.. see you all in the next entry ok.. Daaa
Tuesday, 9 September 2014
9 September 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama kan mira tak meng"update" blog mira ni.. Dah naik berhabuk dah blog mira ni.. yela.. Dengan mira busy dengan kerja lagi.. Nak2 lately ni mira tengah sibuk cari untuk kerja baru mira.. Tengah research kerja apa yang sesuai dengan mira.. Bukan mira tak nak teruskan kerja dekat sini, tapi mira ada masalah sikit kerja dekat tempat sekarang ni.. Masalah apa?? Hurrrmmm.. Boleh dikatakan agak personal jugak la masalah mira ni.. Biasalah.. Masalah orang tak puas hati dengan kita.. Banyak lagi lagi lah.. Baru2 ni phone mira baru je lepas hilang.. Even tu bukan phone mira tapi tu phone office ia tetap jadi hak mira sebab mira yang guna.. Tak tahu lah siapa punya angkara.. Malas nak tuduh siapa2.. Sebab kalau yang kenakan pun, mira yang kene bertanggungjawab.. Orang lain bukan nak bantu kita pun.. Masing2 fikir hal diri sendiri je.. Macam diri tu dah bagus sangat pulak kan.. So, mira ambil keputusan untuk berhanti bulan depan then cari kerja baru.. Lagipun dekat tempat sekarang ni, mira masih dalam contract lagi.. Contract mira pun habis 3 oktober ni.. So, tak de siapa boleh halang mira nak berhenti.. Dah lama bertahan dekat sini dah.. Dengan pengurusan dia macam apa2 ntah.. So, ambik keputusan untuk berhenti lepas contract habis.. Full stop.. Tiada siapa boleh halang mira dalam hal ni.. Ok lah.. Mira pun tak tahu nak cerita apa lagi.. Kalau korang2 rajin,mai la singgah blog mira nie.. Kalau dah singgah tu kene follow sekali.. hihihi.. Kalau korang nak borak2 dengan mira dekat chat box tu pun boleh.. Jangan risau.. Mira akan balas chat korang.. Mira tak sombong ok.. Kalau korang tak sombong dengan mira, mira puntak sombong dengan korang semua.. Ok?? Jumpa di next entry nanti ok.. Jangan lupa selalu follow up blog mira taw.. Lepas ni banyak lagi story yang mira nak share dengan korang semua..
Tuesday, 8 July 2014
KETRAMPILAN DIRI
1.0
PENGENALAN
Ketrampilan diri bermaksud kecekapan, kemampunan dan kecekatan
seseorang individu yang tinggi dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Personaliti, penampilan, komunikasi, etika kerja dan sebagainya
adalah adalah kriteria yang dapat mencerminkan ketrampilan diri seseorang.
2.0
KRITERIA KETRAMPILAN
DIRI
2.1
PERSONALITI
Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Setiap individu mempunyai personaliti yang
digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. Kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang
rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang.
2.2
PENAMPILAN
Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati, paras rupa, gerak-geri
dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkatkan daya pengaruh
seseorang. Orang yang mempunyai
penampilan yang menarik, memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, mempunyai
sikap yang lebih optimis dan pandai bercakap (petah) berbanding mereka yang
tidak mempunyai sikap tersebut.
Sehubungan itu untuk meninggikan daya pengaruh, pastikan orang yang
hendak kita motivasi atau pengaruhi itu menyukai penampilan kita. Penampilan kita akan mencerminkan sikap kita
terhadap diri sendiri, orang lain, masa dan tugas yang kita jalankan.
- Berjalan
dengan tegak dan bertenaga menggambarkan seseorang individiu yang bijak
menggunakan masa manakala individu yang berjalan seperti orang malas
menggambarkan seolah-oleh masa tidak berharga.
- Audiens sentiasa menilai sama ada kita
orang yang berjaya, berfikiran terbuka, mempunyai perjuangan atau matlamat,
boleh dipercayai, berilmu, berakhlak tinggi, jujur, matang dan lain-lain
sewaktu mendengar kita bercakap.
2.2.1 GAYA BERDIRI
Gaya berdiri yang betul amat mustahak apabila kita berbual berbual
atau bergaul dalam sesuatu majlis kerana ini akan melambangkan yang kita minat
berinteraksi dengan orang lain.
Perkara-perka berikut perlu diberi
perhatian, iaitu;
i.
Tubuh badan hendaklah berdiri
betul atau tegak iaitu dada ke hadapan dan perut ke dalam.
ii.
Air muka sentiasa dalam keadaan
tenang dan bertenaga.
iii.
Kepala dalam keadaan tegak,
bukan mendongak ke atas dan dagu ke hadapan atau menuduk ke bawah.
iv.
Dagu dalam keadaan sudut tepat
dengan leher.
v.
Sentiasa memberi senyuman dan
dalam keadaan riang.
vi.
Tangan berada di sisi badan
atau bergenggaman di hadapan badan. Elak
berpeluk tubuh, tangan di dalam saku seluar atau di belakang badan.
vii.
Angkat rangka rusuk dan dada
terbuka untuk memudahkan pernafasan.
viii.
Kaki terbuka sedikit dalam
keadaan jam 10.00 untuk lelaki bagi memudahkan mengalih graviti badan sekiranya
berdiri dalam jangka masa yang lama.
ix.
Rapatkan kedua-dua kaki serta
kaki kanan ke hadapan sedikit bagi wanita.
Elakkan berdiri dalam keadaan terkangkang dan membongkok.
2.2.2 GAYA BERJALAN
Gaya berjalan yang menarik akan membuatkan anda diminati dan
dihormati.
Berikut adalah panduan gaya berjalan yang betul bagi faedah
kesihatan dan pergaulan sosial;
i. Luruskan bahagian badan iaitu
kepala dan badan hendaklah seimbang.
Tulang punggung sama tengah. Ini
membolehkan kita bebas melangkah.
ii.
Mulakan langkah berpijak di
atas tumit kemudian atas jari kaki.
iii. Setiap langkah mengikut
bayangan garis lurus. Kepala tegak
memandang ke hadapan.
iv. Melangkah dalam keadaan
sederhana. Bagi wanita elakkan berjalan
seperti lelaki walaupun dengan memakai seluar.
Mulakan langkah dengan kaki kanan, rapatkan kedua-dua kaki tetapi
elakkan dari bergesel.
2.2.3
GAYA
DUDUK DI KERUSI
i. Duduk
dengan perlahan dan beransur ke belakang apabila punggung sudah mencecah tempat
duduk bagi wanita tetapi kaki jangan sampai tergantung.
ii. Rapatkan
kaki dan lutut. Wanita boleh meletakkan
kaki menyerong ke sebelah kanan atau kiri tetapi elakkan daripada menyilangkan
kaki.
iii.
Duduk
dalam keadaan tegak, kempiskan perut.
iv. Tangan di
atas paha. Bagi wanita elak daripada
meletakkan tangan di atas lengan kerusi.
v.
Elakkan
menggoyang-goyang kaki.
2.2.4
GAYA
BANGUN DARI KERUSI
i.
Elakkan
daripada terlalu membongkokkan badan.
ii.
Luruskan
badan dan tegakkan kepala.
iii.
Gunakan
otot paha dan sendi-sendi kaki apabila bangun.
2.2.5
TATACARA
MASUK DAN KELUAR KERETA
i. Ketika
hendak masuk kereta sama ada melalui pintu hadapan atau pintu belakang,
hendaklah masuk secara sisian.
ii. Masukkan
bahagian punggung dahulu, kemudian barulah kedua-dua belah kaki dengan cara
mengangkat dan meletakkan kaki ke dalam.
iii. Semasa
keluar, keluarkan kedua-dua belah kaki dahulu, baru bangun dan keluar dari
kereta.
2.2.6
KESOPANAN
DALAM MAJLIS
Antara perkara yang perlu dielakkan apabila
berada dalam sesuatu majlis termasuklah;
i. Menggoyang-goyangkan
kaki sama ada semasa duduk atau berdiri.
ii.
Mengunyah
gula-gula getah atau sebagainya sambil bercakap.
iii.
Mencelah
perbualan orang lain yang sedang asyik berbual.
iv.
Bercakap
dengan mulut yang penuh dengan makanan.
v.
Menggigit
kuku, mengorek telinga, hidung dan mencungkil gigi di khalayak ramai.
vi.
Membiarkan
sudu dalam gelas atau cawan. Mengacau
kopi/the dengan bunyi yang kuat.
vii.
Meletakkan
barangan peribadi di atas meja.
viii.
Berbedak,
bergincu dan bersikat rambut di khalayak ramai.
ix.
Berbisik-bisik
sesama teman.
x.
Bercakap
dengan nada suara yang tinggi.
xi.
Mengguna atau
berjenaka lucah.
2.2.7
ADAB
DAN TERTIB DI MEJA MAKAN
i. Elak
daripada membelek-belek perkakasan yang disediakan dan membincangkannya dengan
teman semeja atau mengambilnya sebagai cenderahati.
ii. Kain
napkin hendaklah diletakkan di atas pangkuan dan jangan diselitkan pada tali
pinggang atau pada tali leher. Kain
napkin ini juga digunakan untuk mengesat mulut dan untuk menutup mulut ketika
membuang tulang yang terselit. Jika kain
ini terjatuh minta bantuan pelayan. Apabila meninggalkan tempat duduk
buat sementara, letakkan kakun ini di atas kerusi. Sekiranya kain ini diletakkan di atas meja,
pelayan akan mengemaskan peralatan di atas meja kerana menandakan anda tidak
akan kembali ke tempat duduk.
iii.
Selepas
makan, pisau dan sudu atau garpu diletakkan rapat di sebelah kanan pinggan
dengan cabang garpu dan susu ditelentangkan.
Monday, 23 June 2014
Assalamualaikum..
Di sini mira nak kongsi satu cerita dengan korang semua. Ramai yang tertanya-tanya dengan mira dekat mana mira beli dress yang mira pakai ni??? Skirt flow dia memang awesome.. Baju dia yang senang untuk di iron dan juga sesuai untuk ke bawa majlis perkahwinan, dinner, serta boleh di pakai untuk pergi ke office ataupun kelas. Baju ni dengan skirt ni berasingan. Bukan sekali satu suit. hihihi. Ramai yang terfikir baju yang mira pakai nie sekali dengan skirt. Tapi sebenarnya tidak. Skirt dia tu sebenarnya memang jarang dan juga terbelah seperti kain baju kebaya. So korang kene pakai legging kat dalam tu supaya tak ada la nanti nampak kaki korang. At least tutup la juga kan daripada terdedeah. Dress dengan skirt ni sangat2 selesa bila pakai. Korang boleh dapat di mana-mana cawangan Brands Outlet seluruh Malaysia.
Dress ke-2 nie pula ialah fully dress with lining. Dress ini sangat selesa bila di pakai. Dress ini pula sesuai untuk di pakai ke semua majlis seperti dress yang pertama tadi. Dress ini tak perlu pakai lining sebab dress ini sendiri telah siap sedia sekali dengan lining. So korang semua tak perlu risau lagi untuk bergaya dengan dress ini. Korang ingin dapatkan sendiri dress seperti ini? Dress ini korang boleh dapatkan di Times Square dengan harga yang sangat2 berbaloi dan mampu untuk di miliki. hihihi.
Ataupun sekiranya korang sendiri malas nak cari dress2 seperti yang mira pakai ni, korang sendiri boleh order melalui mira. Sebab mira sendiri buat online shop untuk dress2 seperti ini. So jangan malu jangan segan untuk order dress2 yang cantik lagi awesome ini dengan mira. Korang boleh je PM mira di nombor 014-2631051 sekiranya korang berminat dengan dress2 ini. Mira akan bagi harga yang istimewa dekat korang semua sekirnya korang adalah pelanggan mira yang terawal order dengan mira. Mira harap dengan perkongsian ini korang dapat mencari dress idaman korang sendiri.
" THE BEST MAKE-UP IS A SMILE "
" THE BEST JEWELRY IS MODESTY "
" THE BEST CLOTHING IS CONFIDENCE "
HIGHLANDS TOWER
Assalamualaikum..
Ini adalah first blog
aku..mungkin sebelum ini korang pernah tengok blog aku..tapi di sebabkan ada
masalah-masalah yang tidak dapat nak di elakkan aku terpaksa untuk menutup blog
aku yang dulu..kembalinya aku di sini adalah untuk memulakan perjalanan blog
aku yang baru ini..setelah sekian lama aku tak meng ‘update’ blog, maka dengan
kekoknya untuk aku memulakan something story yang interesting dan amazing..okie
kita stop cerita pasal perkara ni..aku nak start dengan first entry aku dengan
tittle “HINGLANDS TOWER”..
Apa yang korang tahu
mengenai Highlands Tower??sebenarnya sebelum ni aku pernah jugak update blog
mengenai Highlands Tower dan ia dapat banyak sambutan daripada followers aku
yang terdahulu..sepanjang aku buat research mengenai Highlands Tower ni banyak
pengalaman yang aku dapat gambarkan di sini..bagi sesetengah pihak mungkin
benda ini something yang horror orang lain pernah buat..tapi berbeza bagi
aku..bagi aku pulak ianya something yang amazing dan interesting apabila aku
buat research mengenai Highlands Tower ini sendiri..ya aku mengaku aku sendiri
pernah menjejakkan kaki aku ke tempat tersebut..malah bukan Highlands Tower
saja yang aku pergi tetapi dengan rumah banglo berhampiran Highlands Tower itu
sendiri aku pergi untuk membuat kajian..kalau korang tanya aku, “tak takut ke
pergi tempat macam tu”??jawapan aku senang je.. “buat ape kita nak takut..kita
pergi hanya untuk membuat kajian saja bukannya nak cari entiti segala bagai”..
Okie berbalik balik
pada cerita asal kita..sepanjang aku di sana perasaan aku memang sangat-sangat
sayu..aku tak dapat nak bayangkan sekiranya aku berada di sana pada suatu
ketika dahulu..kejadian berlaku pada 11 Disember 1993..pada masa ini umur aku
baru je 1 tahun..tak tahu apa-apa lagi pada masa ni..yang aku tahu main main
dan main sahaja..almaklumlah budak kecik lagi..kondominium ini ada 3 blok..blok
1, blok 2, dan blok 3..yang runtuh ranap tu merupakan blok 3..mungkin korang
semua tertanya-tanyakan macam mana kondominium yang tersergam indah macam tu
boleh runtuh kn??okie dekat sini aku nak cerita serba sedikit la macam mana
kondominium Highlands tower tu runtuh..menurut kajian yang aku buat, masa tu
tengah musim tengkujuh..so hujan memang lebat la masa tu selama 10 hari berturut-turut
dan menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak
kereta kondominium itu runtuh. Kesilapan
dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium
Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ..okie itu apa yang aku dapat cerita serba sedikit
macam mana ianya boleh runtuh ranap dalam sekelip mata..nak tahu lebih detail
lagi kat sini aku ade sediakan link video mengenai kondominium Highlands Tower
tu sendiri..dan korang boleh tonton sendiri dan hayati betul-betul..
PART 1 : http://www.youtube.com/watch?v=9sNbFUoPJqg
PART 2 : http://www.youtube.com/watch?v=0vO_t_cT0l4
PART 3 : http://www.youtube.com/watch?v=ypedar3Dnww
PART 4 : http://www.youtube.com/watch?v=jYQrSlUbGEQ
PART 2 : http://www.youtube.com/watch?v=0vO_t_cT0l4
PART 3 : http://www.youtube.com/watch?v=ypedar3Dnww
PART 4 : http://www.youtube.com/watch?v=jYQrSlUbGEQ
So, aku harap korang enjoy dengan first entry
blog aku ni..mungkin ianya tidaklah sehebat blog-blog yang lain, tapi bagi aku
cukuplah untuk hari ini aku hidangkan korang dengan informasi yang sangat
berguna ni..aku harap korang dapat manfaatkan cerita aku nie..lebih baik korang
tahu cerita sebenar daripada korang tahu cerita-cerita entiti yang ada dekat
Highlands Tower tu sendiri..bagi aku entiti tu benda halus..dia pun makhluk
Allah jugak..dia pun berhak untuk berada di muka bumi ini..kat mana-mana pun
ada entiti ni semua..so stoplah buat spekulasi ini semua..yang aku tahu kat
Highlands Tower tu dah jadi tempat sarang dadah untuk budak-budak BLACK
METAL..kalau korang masuk sampai kat tingkat atas korang akan jumpa tempat
pemujaan diaorang semua..aku memang tak berani la nak naik sampai kat atas
tu..sbb niat aku nak buat research je tentang Highlands Tower tu..so sampai di
sini sahaja entry aku untuk kali nie..nanti bila aku free aku akan hidangkan
korang dengan gambar sekeliling Highlands Tower tu sendiri..sekian astalavita..
J
Subscribe to:
Posts (Atom)


