Thursday, 3 September 2015

Baju Kurung

Assalamualaikum and hai korang semua.. Mira mintak maaf sangat-sangat dengan korang semua.. Dah 3 bulan Mira tak update blog Mira nie.. Agak suram jugak la blog Mira nie.. Mesti korang semua tertunggu-tunggu kan entry terbaru Mira.. Mira mintak maaf sangat sebab Mira terlalu sibuk dengan kerja Mira sampaikan Mira lupa nak update blog Mira.. Lagi satu sebab laptop Mira rosak.. So, masalah jugak la kalau laptop dah rosak.. Habis satu keje pun tak boleh nak buat.. Betul tak?? Ok, Berbalik pada tajuk entry kita pada kali ini.. Kali ni Mira nak update entry mengenai Baju Kurung.. Bagi korang maybe agak boring dengan entry Mira kali ni, tapi Mira nak tanya korang semua.. Korang tahu tak apa itu baju kurung?? dan asal usul baju kurung tu sendiri?? Tak tahu kan?? Haaaa.. Meh sini Mira nak kongsikan dengan korang semua hari nie apa itu sebenarnya baju kurung..

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu . Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.

 Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Ok.. Sekarang korang semua tahukan apa itu baju kurung kan?? So lepas ni siapa-siapa yang nak Mira post lagi yang berkaitan dengan fashion or apa-apa je korang boleh "Buzzz" Mira dekat inbox ok.. Tak pun korang boleh follow instagram Mira iaitu @iamamirrasyaffira.. Dekat sana korang boleh tanya Mira macam-macam berkaitan dengan dunia fashion.. Insyaallah Mira akan bagi respond yang terbaik punya untuk followers Mira semua.. Ok, sampai di sini sahaja kita bersua.. Jumpa korang semua di next entry Mira ok..