Thursday, 3 September 2015

Baju Kurung

Assalamualaikum and hai korang semua.. Mira mintak maaf sangat-sangat dengan korang semua.. Dah 3 bulan Mira tak update blog Mira nie.. Agak suram jugak la blog Mira nie.. Mesti korang semua tertunggu-tunggu kan entry terbaru Mira.. Mira mintak maaf sangat sebab Mira terlalu sibuk dengan kerja Mira sampaikan Mira lupa nak update blog Mira.. Lagi satu sebab laptop Mira rosak.. So, masalah jugak la kalau laptop dah rosak.. Habis satu keje pun tak boleh nak buat.. Betul tak?? Ok, Berbalik pada tajuk entry kita pada kali ini.. Kali ni Mira nak update entry mengenai Baju Kurung.. Bagi korang maybe agak boring dengan entry Mira kali ni, tapi Mira nak tanya korang semua.. Korang tahu tak apa itu baju kurung?? dan asal usul baju kurung tu sendiri?? Tak tahu kan?? Haaaa.. Meh sini Mira nak kongsikan dengan korang semua hari nie apa itu sebenarnya baju kurung..

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu . Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.

 Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Ok.. Sekarang korang semua tahukan apa itu baju kurung kan?? So lepas ni siapa-siapa yang nak Mira post lagi yang berkaitan dengan fashion or apa-apa je korang boleh "Buzzz" Mira dekat inbox ok.. Tak pun korang boleh follow instagram Mira iaitu @iamamirrasyaffira.. Dekat sana korang boleh tanya Mira macam-macam berkaitan dengan dunia fashion.. Insyaallah Mira akan bagi respond yang terbaik punya untuk followers Mira semua.. Ok, sampai di sini sahaja kita bersua.. Jumpa korang semua di next entry Mira ok..
 

Tuesday, 30 June 2015

Apa itu FESYEN???

Assalamulaikum and hai korang.. Dunia Amirra bertemu lagi dengan korang semua.. Seperti yang mira janjikan dekat entry mira sebelum nie.. Korang ingat lagi tak apa yang mira janjikan dekat korang semua?? Ok la.. Hari nie dan malam nie jugak mira nak update satu entry mengenai fesyen.. Sebelum tu, mira nak terangkan serba sedikit mengenai apa itu fesyen.. Korang tahu tak apa itu fesyen?? Ke korang tahu menggayakan je tapi tak tahu maksud sebenar fashion?? Tak pe lah.. Entry kali ni biar mira terangkan dekat korang semua apa itu yang di maksudkan dengan fesyen.

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dansebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Manakala berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian danlain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan iasebahagian daripada asas kehidupan manusia.Tujuan manusia menutup badan adalah untukkelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu telah menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Denganhanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik,etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Malahan tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dancita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identititersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu menirudan menjadi klon orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkanekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik,kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, ianya perlu disesuaikandengan budaya dan latar belakang masyarakat.

So, dekat sini korang dah faham ke belum dengan maksud fesyen itu sendiri?? Ok, senang cerita macam nie la.. Apa yang korang pakai, apa yang korang gayakan from head to toe.. Itulah sebenarnya diri korang.. Fesyen nie sebenarnya tak susah pun.. Senang je.. Kadang-kadang orang yang dekat luar sana yang merumitkan fesyen diaorg sendiri.. Asalkan korang tahu batas-batas untuk menutup aurat.. Tidak salah kita yang muslimah ini ingin berfesyen selagi berlandaskan dalam syariat islam..

Bagi mira, fashion is something about myself.. Yela.. Apa yang mira pakai itulah diri mira yang sebenar.. As long as im not to be a hipokrit like others.. Mira harap dengan perkongsian mira untuk entry kali ni dapat membantu korang dekat luar sana yang ingin mengetahui apa itu fesyen.. Sebab mira yakin, ramai yang kt luar sana mesti tertanya-tanya apa itu fesyen kan?? Mira harap korang jangan la tahu menggayakan je.. At least you nee to take knowledge about fesyen.. Bila orang tanya nanti, tak ade la korang ternganga mulut tu nk mejawab nnt.. Sampaikan lalat masuk pun korang tak sedar.. Hihihihi.. Just joking..

Ok la korang.. Jika korang ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen korang dengan ruangan komen ok?? Nanti mira akan reply secepat mungkin.. Korang yang nak review insta mira boleh pergi ke @iamamirrasyaffirra .. Korang boleh review style and fashion yang selalu mira gayakan.. Dan.. Mira akan updatekan kemudian di entry yang akan datang.. Jangan putus-putus untuk memberikan sokongan kepada mira untuk berblog ea?? Mira harap entry kali ini dapat membantu korang yang d luar sana yang masih keliru lagi tentang dunia fashion.. Berjumpa kita lagi di next entry.. :) 

Monday, 29 June 2015

29 June 2015

Assalamualaikum and hai korang semua.. Dunia Amirra kembali lagi setelah 2 bulan lebih mira menyepikan diri tanpa sebarang berita.. Ya.. i know i'm not a good blogger that always update the new entry but i'm try my best to make it a new entry for this time.. Actually, mira pun tak tahu nak update entry pasal apa.. Mungkin sebab mira dah lama tak update entry so i'm not have any idea to write down the new entry.. But, for me its ok.. Maybe after this i have a new entry that i can update here.. Btw, thanks kepada yang sudi follow and blog walking dekat blog mira nie.. Mira rasa tu je la kot entry mira untuk kali nie.. Next time, sebelum mira update entry mira akan pastikan yang mira akan ada entry mira untuk mira kongsikan kepada korang semua.. Mira harap korang tak putus-putus bagi mira semangat untuk mengupdate entry baru dekat blog mira nie.. Ok?? Mungkin entry mira yang akan datang more to fashion style.. Sebab mira ada terfikir yang mira nak kongsikan serba sedikit style fashion apa yang sesuai untuk diri korang.. Apa guna mira ambik diploma in fashion kalau mira tak gunakan kelebihan yang mira adakan?? Lagi pun dah lama mira tinggalkan duni fashion mira nie.. Mungkin nie la masanya untuk mira kembali balik dalam dunia fashion.. Lepas nie boleh la korang rajin-rajin singgah blog mira kan untuk tengok apa fashion yang menarik dan yang sesuai untuk korang.. Korang just nantikan yea.. It's a coming soon.. Mira hara idea mira nie akan dapat banyak sambutan dekat luar sana.. Ok la.. Mira rase cukupla dengan apa yang mira nk sharekan ni.. Korang tunggu yea next entry mira.. Korang boleh la follow ig mira dulu.. @iamamirrasyaffira .. Dekat sana korang boleh la review sikit-sikit tengok fashion macam mana yang mira selalu kenakan.. Ok la guys.. Sampai di sini kite bertemu.. Don't forget ya to wait my new entry.. Sayang korang.. Muah ciked.. Hihihihi.. :) Assalamualaikum..

Thursday, 9 April 2015

Menikmati keindahan alam semula jadi

Assalamualaikum semua.. Hai.. Waaaa.. Almost 3 months jugak la mira tak update blog mira nie..Bukannye ape.. Lately nie mira bz sikit dengan kerja mira.. But now.. I'm free!!!! yeay!!! Free kenapa?? hohohoho.. For your information mira dah berhenti kerja.. Almost 1 week jugak la mira duk tanam anggur dekat rumah nie.. Hihihihihi.. Btw its ok.. Sebab dapat la mira luangkan sedikit masa mira nie untuk update entry yang menraik2 dekat blog mira yang mira boleh kongsikan dengan korang semua,, hihihi.. 

Ok lah.. Cukuplah mukadimah mira tu.. Kjap lagi panjang pulak mukadimah mira tu daripada entry yang mira nak share nie.. Opppss.. Ok back to our story.. Actually mira nak kongsi denga korang betapa pemtingnya alam semula jadi dekat diri kita nie.. Dengan adanya alam semula jadi ini, boleh lah korang menenangkan fikiran korang yang bercelaru tu dan juga boleh mendamaikan jiwa korang yang resah.. hihihihi.. Ala korang tak perlu pun nak pergi jauh2.. Sebabnya dekat negara kita sendiri pun dah cukup dengan tempat2 yang menarik yang menjadi tumpuan para pelancong.. Sebagai contoh..... Cameron Highlands.. Kenapa mira cakap cameron highlands nie salah satu tempat yang boleh menenangka jiwa dan fikran korang?? Yela.. Mana taknya.. Dengan suasana dekat sana yang sungguh dingin.. Banyak tempat yang boleh korang singgah untuk menikmati alam semula jadi.. Even tempat tu banyak yang dah kene tarah di sebabkan pembangunan tapi tempat dia still ummmmppphhhhh.. mmg terbaik la.. sejuk.. dingin..





Nie pemandangan dari ladang teh dekat sungai palas yang sempat mira rakamkan.. Cantikkan pemandangan dia?? Sambil hirup udara segar boleh menikmati secawan teh dan juga dessert,, Memang terangkat beb.. Rugi kepada siapa yang belum menjejakkan kaki anda ke cameron highlands nie.. Sekali anda dah pergi mesti anda terigin nak pergi lagi.. Dengan suasana yang tenang.. Jauh daripada kesesakkan lalu lintas.. Tak perlu nak hadap jalan jammed.. hihihihi.. Sesekali kita pergi tempat macam ni untuk tenangkan fikiran kita tak salah pun.. Tak perlu pergi jauh2 yang perlu berbelanja lebih.. 


Yang nie pulak masa dekat strawberry farm.. Ape yang menariknya dekat sini.. Strawberry tu boleh petik sendiri.. Berbaloi la jugak bayar masuk dekat strawberry farm ni.. Sebabnya strawberry yang di petik semuanya segar2.. Bila makan tu.. Leleh ayaq liuq bakkk annggg.. Hihihihi.. Mira cerita lebih2 pun tak ada guna.. Why not korang yang dekat luar sana pergi dan lihat sendiri betapa indahnya cameron highlands tu sendiri.. At least korang pergi dapat menenangkan jiwa korang.. Dapat la release tension bak kata omputih.. hihihihi.. 

Ok la.. mira rasa cukuplah perkongsian mira pada kali ini.. Jangan lupa nantikan entry mira yang lain pulak lepas nie.. Banyak lagi perkongsian yang ingin di kongsi bersama..

Thursday, 22 January 2015

Cheese Cake Oreo =)

Hai.. Assalamualaikum korang.. Korang terasa tak nak makan cheese cake oreo?? Dekat sini Mira nak kongsikan dekat korang dekat mana korang boleh dapatkan Cheese Cake Oreo yang sangat2 sedap sehingga menjilat jari.. Hihihihi.. Ceritanya macam nie.. Kalau tak silap Mira la.. Minggu lepas member tempat kerja Mira nie, bawakkan tester Cheese Cake Oreo tu dekat Mira.. Bukan 1 slice ke ape ke ea.. Tapi dia bagi mira satu bekas kecil untuk Mira test.. Memang heaven la jawapannya.. Dah la banyak cheese lepas tu oreo tu berlapis2.. Mira pun tak ingat ada berapa lapis oreo yang ada.. Apa yang Mira boleh cakapkan memang terbaik dari ladang la Cheese Cake Oreo tu.. Kalau tak percaya korang boleh cuba.. Macam mana nak cuba?? Ok, korang boleh call je terus member Mira ang boleh order terus dekat dia.. Sebab yang buat Cheese Cake Oreo nie abang ipar dia.. Harga dia?? Kalau korang beli satu bekas harga dia RM14.. Kalau korang beli 10 bekas ke atas korang akan dapat murah dalam RM12.. Yang nie mira x sure la sekali postage ataupun tidak.. Tapi apa-apa pun korang tetap kene cuba.. Serius.. Kalau korang tak cuba memang rugi.. Cheese dia dah la banyak.. Memang Cheese Cake Oreo dia 100% from cheese ok.. Jangan risau.. Korang takkan rasa muak lepas korang makan.. Apa yang korang rasa korang akan order lagi, lagi dan lagi.. Hihihihi.. Ok, kalau korang berminat korang boleh call or whats app je member Mira nie.. Nie number phone dia.. 0173217273.. Nama dia Aina.. Kalau korang nak order terus dari abang ipar dia pun boleh.. Korang boleh search dekat instagram Crff_Savoir..



Ha!! Tengok nie.. Sedap tak sedap tak??? Terliur tak??? Hihihihihi.. Kalau korang nak tengok lagi gambar Cheese Cake Oreo nie boleh la korang search instagram abang ipar member Mira tu.. Tunggu apa lagi,. Dah beli satu mesti korang akan beli lagi.. Hihihihi..

Wednesday, 21 January 2015

Tips penjagaan rambut bagi wanita yang bertudung

Mira nie bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan tetapi keadaan pekerjaan Mira yang membuatkan Mira sering berpeluh.. Bukannya Mira kerja buat bangunan ke apa, yela kerja Mira kene buat role play dekat kids tentang pekerjaan yang mereka nak buat.. Dah kata pun kerja dengan Kidzania kan.. So banyaklah pergerakan role play tu nak kene buat.. Kalau time opening and closing tu sah2 lah kami semua kene dance.. So bila dah dance akan berpeluh lah jugak even tak de la berpeluh macam orang bersukan..

Masalahnya bila dah kerja macam tu nak pulak bertudung macam aku nie, maka denga itu kulit kepala kita pun turut akan berpeluh dan akan berasa gatal.. Means ada kelemumur la rambut kita tu.. Kadang kala kita sendiri tidak perasaan yang rambut kita nie ada kelemumur.. Bagi yang tidak pakai tudung mungkin senanglah sikit untuk menjaga rambut semua.. Tetapi bagi kaum hawa yang bertudung ni, mungkin tidak ramai yang tahu tips untuk penjagaan rambut bagi yang bertudung.. Di sini ada tips yang selalu Mira amalkan utuk menggelakkan rambut kita daripada kelemumur..Since Mira pun start pakai tudung dari zaman belajar, so mira dah amalkan tips ini dari mira sekolah lagi..




@ Bilas rambut guna AIR SEJUK.. Kulit kepala akan jadi segar bugar.. Mira memang tidak pernah syampu dengan air panas, mesti air sejuk


@ JANGAN MENGOSOK RAMBUT DENGAN KASAR.. Kalau nak keringkan rambut dengan tuala.. Cara terbaik ialah melurutka tuala secara lembut dan perlahan lahan dari atas hingga ke hujung rambut.. Boleh buat banyak kali dan biar rambut kering sendiri


@ Kalau nak pakai tudung, pastikan rambut kering dahulu.. Sebab nanti rambut sangat senang nak ada masalah kelemumur, rambut berbuah, atau berbau masam.. Lebih malang lagi, nanti ada kuru khinzir pula beranak-pinak dekat rambut.. Hihihihi


@ Kalau nak bagi kelemumur hilang, gosokkan kulit kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan.. Then, bersihkan rambut dengan syampu anti kelemumur..


@ SIKAT RAMBUT BILA PERLU SAHAJA.. Kalau terlampau kerap menyikat rambut, kulit kepala nanti akan jadi panas dan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan.. Jangan sikat rambut dengan kasar dan belailah rambut kamu dengan lembut selembut sentuhan bayi.. Huhuhue


@ Kalau boleh, jangan gunakan ALAT PENGIRING RAMBUT.. Nanti rambut akan mudah kering dan kusam.. Sebaiknya, keringkan rambut secara semula jadi..



@ Pilih syampoo yang bersesuaian dengan rambut.. Mira suggest guna syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh ni... Mira dah lama guna syampu ni.. So far memang tak ada masalah dengan kulit kepala aku.. Bila pakai rasa fresh je sentiasa.. Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex dan memang sesuai untuk wanita yang memakai hijab.. Ia memberikan rasa segar, bebas dari kegatalan dan kulit kepala pun berbau wangi je even seharian memakai hijab.. Bahan-bahan khas dalam syampu ini memberikan wanita kulit kepala yang bersih da segar..


@ Kalau rambut berminyak, pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari.. Faktor-faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah hormon tak stabil, STRESS, cuaca panas dan amalan pemakanan yang tidak seimbang..



Sebenarnyakan rambut orang bertudung dengan tidak lebih baik dan bagus kerana tidak terdedah dengan pancaran UV dan sebagainya.. Dan itu salah satu HIKMAH BERTUDUNG =) 

Mira harap dengan tips yang Mira kongsika ini, serba sedikit dapat membantu kawan2 di luar sana untuk menjaga rambut bagi yang bertudung.. Nantikan next entry Mira dengan tips yang lain pulak..

Tuesday, 20 January 2015

FORGIVE ME

Maafkanlah diri ini seandainya diri ini pernah melukakanmu.. Mungkin diri ini tidaklah sesempura yang di sangkakan.. Aku tahu aku bukanlah manusia yang sempurna di matamu.. Aku tidak berniat mahu buat begitu terhadap dirimu.. Mungkin bagi aku ianya hanyalah sekadar gurauan tetapi tidak pulak ku tahu bahawa kau mengambil serius dalam perkara ini.. Andai malam ini adalah malam terakhirku, aku harap kau dapat memaafkan aku.. Aku tahu aku telah buat kau kecik hati dengan aku.. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih di atas kesudian kau untuk aku belanja makan tadi.. Aku harap, kau dapat maafkan aku.. Terima kasih lagi sekali yang tidak terhingga aku ucapkan.. :(

Thursday, 1 January 2015

Happy Day

Hai.. Assalamualaikum semua buat semua pembaca tegar blog Dunia Amirra.. Sebelum melangkah ke hari kedua tahun 2015 nie, mira nak ucapkan selamat tahun baru 2015 buat semua pembaca dan peminat tegar blog Dunia Amirra.. Diharapkan tahun 2015 nie dapat memberi seribu satu kegembiraan buat diri korang semua serta diri mira juga.. Ok, berbalik pada topik kita hari nie.. Hari nie mira happy sangat2.. Bukannya ape, 1st mira sampai kat tempat kerja of course mata mira rabak gila mengantuk punya pasal.. Tiba-tiba muncul lah seorang hamba allah nie, dia member tempat kerja mira jugak.. Member district mira.. Dialah yang menceriakan hari mira pada hari ini.. Nak tahu tak siapa?? Siapa lagi kalau bukan Sabry.. Dialah yang telah menceriakan hari mira pada hari ini.. Ada ke patut dia panggil mira ikan.. Lepas tu panggil mira hidung.. Tak patut tak patut.. Tapi dia dah buat mira dari mengantuk terus hilang mengantuk.. Memang salute lah dekat dia sebab berjaya buat mira gelak sakan hari nie.. Tak putus2 dia buat lawak.. Sedangkan bagi dia benda tu tak lawak tapi bagi mira dah cukup lawak dah.. Terima kasih kepada Sabry sebab telah membuatkan hari2 mira sungguh ceria pada hari nie.. Hidung ke, ikan ke mira x kisah dah apa dia nak panggil mira dah.. Janji dia boleh bagi mira gelak tu pun dah mencukupi.. Thanks Sabry.. You are always be my friend forever ever and ever!! :)