Tuesday, 30 June 2015

Apa itu FESYEN???

Assalamulaikum and hai korang.. Dunia Amirra bertemu lagi dengan korang semua.. Seperti yang mira janjikan dekat entry mira sebelum nie.. Korang ingat lagi tak apa yang mira janjikan dekat korang semua?? Ok la.. Hari nie dan malam nie jugak mira nak update satu entry mengenai fesyen.. Sebelum tu, mira nak terangkan serba sedikit mengenai apa itu fesyen.. Korang tahu tak apa itu fesyen?? Ke korang tahu menggayakan je tapi tak tahu maksud sebenar fashion?? Tak pe lah.. Entry kali ni biar mira terangkan dekat korang semua apa itu yang di maksudkan dengan fesyen.

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dansebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Manakala berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian danlain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan iasebahagian daripada asas kehidupan manusia.Tujuan manusia menutup badan adalah untukkelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu telah menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Denganhanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik,etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Malahan tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dancita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identititersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu menirudan menjadi klon orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkanekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik,kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, ianya perlu disesuaikandengan budaya dan latar belakang masyarakat.

So, dekat sini korang dah faham ke belum dengan maksud fesyen itu sendiri?? Ok, senang cerita macam nie la.. Apa yang korang pakai, apa yang korang gayakan from head to toe.. Itulah sebenarnya diri korang.. Fesyen nie sebenarnya tak susah pun.. Senang je.. Kadang-kadang orang yang dekat luar sana yang merumitkan fesyen diaorg sendiri.. Asalkan korang tahu batas-batas untuk menutup aurat.. Tidak salah kita yang muslimah ini ingin berfesyen selagi berlandaskan dalam syariat islam..

Bagi mira, fashion is something about myself.. Yela.. Apa yang mira pakai itulah diri mira yang sebenar.. As long as im not to be a hipokrit like others.. Mira harap dengan perkongsian mira untuk entry kali ni dapat membantu korang dekat luar sana yang ingin mengetahui apa itu fesyen.. Sebab mira yakin, ramai yang kt luar sana mesti tertanya-tanya apa itu fesyen kan?? Mira harap korang jangan la tahu menggayakan je.. At least you nee to take knowledge about fesyen.. Bila orang tanya nanti, tak ade la korang ternganga mulut tu nk mejawab nnt.. Sampaikan lalat masuk pun korang tak sedar.. Hihihihi.. Just joking..

Ok la korang.. Jika korang ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen korang dengan ruangan komen ok?? Nanti mira akan reply secepat mungkin.. Korang yang nak review insta mira boleh pergi ke @iamamirrasyaffirra .. Korang boleh review style and fashion yang selalu mira gayakan.. Dan.. Mira akan updatekan kemudian di entry yang akan datang.. Jangan putus-putus untuk memberikan sokongan kepada mira untuk berblog ea?? Mira harap entry kali ini dapat membantu korang yang d luar sana yang masih keliru lagi tentang dunia fashion.. Berjumpa kita lagi di next entry.. :) 

No comments:

Post a Comment